Selamat datang ke blog dinar dan dirham. Saya selaku blogger ingin mengajak anda semua supaya bertukar daripada sistem keewangan wang kertas kepada sistem keewangan Emas. Buktinya, sila ikuti etikal-etikal saya dibawah.

Sunday, 29 May 2011

Buku Akaun Simpanan Emas = Gold Paper, Benarkah Berbaloi Atau Sebaliknya?


Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan 
kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai 
pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan 
dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama.
Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Gold
Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri.

Fakta :

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.

2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.

3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.

4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.

5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.

6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?

7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!

8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.


9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.


Saya kira cukuplah setakat ini sahaja walaupun sebenarnya ada banyak lagi, tetapi beberapa fakta ini saya rasa dah cukup untuk memberikan anda kesedaran dan gambaran sebenar tentang produk perbankan ini.

Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah :

1- Gold Saving Passbook Account - Maybank
2- Gold Investment Account - Public Bank
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank
5- Gold Investment Account - UOB Bank


Fikirkan2 dan selamat beramal!!

Sunday, 22 May 2011

DINAR EMAS SEBAGAI EMAS KAHWIN (PELABURAN)

Salam untuk semua, saya nak share tentang Dinar Emas sebagai Mas Kahwin... Ni bukan kursus/ceramah kahwin eh... Just sharing... Hehe... Ok, apa itu Mas Kahwin??? Saya rasa ramai yang tahu tentang mas kahwin ni...




Mas Kahwin adalah bayaran oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya, serta tidak sewenang2nya memasuki alam perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami.

Melalui pemerhatian & pembacaan saya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua2 mereka.Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”. Hmm...cuba la kira sendiri, kalau sekarang ni, 13 keping dinar emas, sekeping harga RM650, dah cecah harga RM8,450 tuk sume dinar emas tu...Fuhh....




Sekarang ni pun kita dah sedia maklum, tiap2 tahun, nilai mahar (mas kahwin) sentiasa meningkat..selari dengan susutnya niai wang kertas. Kalau zaman orang tua kita dulu, duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman kita sekarang ni, letak duit hantaran RM1000, orang dah tak pandang dah. Apa yang menjadi kebiasaan sekarang ni, nilai duit hantaran depend dengan education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.


Kalau kita simpan duit kertas untuk kahwin, mungkin masa kita dah mula bekerja, baru boleh mula menyimpan. Nilai duit hantaran pada masa sekarang ni, RM6000 (tahun 2010). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lagi (tahun 2015).



Contoh 1:

Mungkin pada masa 5 tahun akan datang.

Nilai masa kahwin dah naik ke rm10,000 atau lebih...

Jadi mcm tidak berbaloi simpanan kita tu.

Kita terpaksa menyimpan additional RM4,000 jika pada masa tu, keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai duit hantaran. Bcoz kita cuma simpan RM6000..







Contoh 2. 

Seperti mana yang kita sedia maklum,

kenaikan harga emas dalam anggaran  25% setahun. 

Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%).

Banyak kan kenaikan harga emas??? Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan anggaran harga belian sekeping RM650...

Tahun 2011      RM650 x 12 dinar emas = RM7,800
Tahun 2012      RM7,800 x 25% = RM1,950 + RM7,800 = RM9,750
Tahun 2013      RM9,750 x 25% = RM2,437.50 + RM9,750 =RM12,187.50
Tahun 2014      RM12,187.50 x 25% = RM3,046.88 + RM12,187.50 = RM15,234.38
Tahun 2015      RM15,234.38 x 25% = RM3,808.60 + RM15,234.38= RM19,042.98



Cuba bayangkan,


dengan simpanan dinar pada tahun 2011 sebanyak 12 keping dengan harga RM7,800. Nilai dinar kita pada masa 2015 akan datang bernilai RM19,042.98

Dah,tak payah kira2 dah...banyak dah naik....Semua mesti dah dpt my point kan??? =)







Dengan cara ini bukan sahaja simpanan kahwin kita terjamin, tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikel ini, anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kahwen/simpanan utk duit hantaran mereka nanti..

Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagai saving untuk masa hadapan =) Banyak lagi kelebihan dinar emas. Nilai emas tidak susut macam nilai mata wang, malah semakin naik..

Renung-renungkan.... Ini hanya pendapat saya sahaja.. =)


Saturday, 23 April 2011

SIMPAN EMAS ATAU SIMPAN WANG?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:- 'Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang berguna tinggal, kecuali Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)' 


Kebanyakan orang lebih suka menyimpan wang di bank ataupun menyimpan di dalam saham amanah seperti ASB dan sebagainya. Selain drpd cara yang dianggap selamat untuk menyimpan, pelaburan saham amanah juga dianggap memberi keuntungan yang lumayan dan dijamin oleh kerajaan.

sedar atau tidak wang yg kita simpan dan gunakan ini semakin susut nilainya. Bagi mereka yang selalu ke pasar mungkin terasa kecilnya nilai wang kita jika diukur dengan jumlah barangan yang dibeli. 

Bagaimanakah jika ada cara untuk kita menyimpan sambil mendapat pulangan yang lebih lumayan? Adakah anda ingin terus menyimpan wang di dalam saham amanah?

Dengan menyimpan emas fizikal sama ada barang kemas atau goldbar anda bukan sahaja mendapat faedah daripada kenaikan harga emas tetapi anda juga berpeluang menambah pendapatan bulanan. 


DIVIDEN DAN BONUS ASB DARI TAHUN 1991 HINGGA 2008



HARGA EMAS DARI TAHUN 1999 HINGGA TAHUN 2009 



Public Ittikal Fund 31 mac 2008 hingga 31 Mac 2009 

Dengan melihat carta di atas anda boleh membuat analisa dan pilihan simpanan yang manakah lebih menguntungkan... 

MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA SEKARANG. 
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN. 

Wednesday, 20 April 2011

Betul Ke Nie???

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal



DAN SEKARANG DAH MASUK TAHUN 2011...HARGA EMAS DAH PUN MENCECAH 1480 USD...APA LAGI SEMAKIN RAMAILAH ORANG AKAN CAKAP...MAK AIHH...MAHALNYA!

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.
So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Jadi, pada mereka yang masih ragu2 dan kurang pemahaman tentang emas, mari kita lihat fakta satu persatu.(ini bukan cubaan..ini betul-betul)


Cuba lihat graf analisis harga emas sepanjang tahun 2010:



Keuntungan dari kenaikan harga emas sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 34.13% !!!

Ini adalah kiraan keuntungan:
(1423.70-1061.40)/1061.40 x 100 = 34.13%

Lihat, adakah ini semua "Hanya Pelaris Perniagaan Mereka???" TIDAK SAMA SEKALI!!!

Cuba lihat graf analisis harga emas sepanjang 10 tahun (2000-2010):


Keuntungan selama 10 tahun dari 2000-2010 adalah 457.66% purata sebanyak 45.76% setiap tahun!!!!!

Bagaimana pula keuntungan Emas pada tahun 2011!!!
Masih mahu "TUNGGU DAN LIHAT???"
Buat perubahan sekarang!!! Simpanlah EMAS!!!!!

-: Betul atau Tidak Anda Tentukan Sendiri :-

Tuesday, 19 April 2011

Apa Kata Anda ??


Sebelum ini mungkin ramai yang mengetahui tentang potensi yang ada pada pelaburan emas di Malaysia. Tetapi biasalah tidak ramai yang bertindak. Apabila jatuh dan runtuhnya institusi kewangan dan ekonomi Amerika Syarikat, masa itulah ramai yang mula menyedari pentingnya mereka bertindak lebih awal dalam pelaburan emas. Budaya kita di sini, bila ramai masuk, masa itulah masyarakat kita mula terhegeh-hegeh nak masuk.
“ better LATE than NEVER

Pada masa itulah, asyik nak semak harga emas hari ini Malaysia. Ada juga yang masih tidak tahu pentingnya pelaburan emas. Tetapi ini semua berbalik kepada perancangan kewangan kita bukan? Tepuk dada tanya selera. Apa yang kita mahukan sebenarnya. Di sini niat hanya untuk berkongsi, jiaka anda ada info menarik, kongsikanlah di sini. Saya tahu anda lebih pakar. Moga perkongsian yang anda berikan, memberikan percambahan ilmu kepada diri anda. Okey straight to the point…..



Contoh paling tentang bagus dalam bahasa paling mudah tentang harga emas yang dikatakan tidak pernah susut :
  • Seekor kambing zaman Nabi Muhammad SAW = 1 dinar
  • Seekor kambing zaman sekarang = 1 dinar
Contoh kedua untuk menunjukkan perbezaan antara emas VS wang kertas :
  • Cuba gunakan Ringgit Malaysia(semata) semasa anda melancong ke Australia, boleh?
  • Ataupun, anda gunakan pula emas yang anda bawa semasa melancong ke Amerika, boleh?
harga emas hari ini 5 Harga Emas Hari Ini (Malaysia 2010). Semak!! 
(Lihat apa yang telah jadi pada Zimbabwe)
Nampak? Bawa emas anda ke mana sahaja seluruh dunia walau perang, banjir dan gempa bumi sekalipun. Harga tetap sama dan bernilai kepada mereka. Itu sebabnya Bank Negara Malaysia akan menaikkan simpanan emas negara apabila terdapat tanda-tanda kemerosotan ekonomi Malaysia. Dan semasa kegawatan ekonomi, inilah harga emas akan melambung tinggi. Seperti yang anda lihat harga emas hari ini Malaysia 2010

          1. Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. (GCP)
1. Harga Emas hari Ini ( Syiling Kijang Emas)

2. Harga Emas Hari Ini [Public Bank Gold Investment Account (GIA)]

3. Harga Emas Hari Ini [Public Fine Gold (Public Gold)]

4. Harga Emas Hari Ini [Public Dinar (Public Dinar)]

5. Harga Emas Hari Ini (Dinar Emas Kelantan)

6. Harga Emas Hari Ini (UOB Bank Gold Products)

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)

8. Harga Emas Hari Ini (Dunia – spot gold)

9. Harga Emas Hari Ini (Dunia – spot gold) dalam RM/gram

10. Harga Emas Hari Ini (Maybank Gold Saving)





harga emas hari ini Harga Emas Hari Ini (Malaysia 2010). Semak!! 
Gambar emas hari ini dari Kitco.com
Sebelum itu, kita mesti mengetahui yang mana 1 ounce bersamaan (31.1 gram). Harga terendah pada tahun lepas (Mei 2010), sekitar US$ 920 setiap ounce kemudian anda jual pada harga emas hari ini sekitar US$1200 setiap ounce. Berapa peratus untung? Berapa untung bersih yang anda berjaya perolehi?

Pelaburan emas ada 2 jenis iaitu emas fizikal dan emas maya.
  1. Emas fizikal (rantai emas, jongkong emas, emas dinar (syiling emas) atau pun emas ketul (bullion)
  2. Emas maya [emas yang ditawarkan oleh Maybank (Gold Saving Passbook) & Public Bank Gold Investment Account
Apabila ramai yang sudah Dan pada masa dah ramai mula celik dengan harga emas hari ini dan terus melakukan pelaburan emas? Jadi berlakunya permintaan melebihi pengeluaran. Ini menyebabkan harga emas akan melambung tinggi. Bezanya di sini berbanding dengan pelbagai bentuk saham VS pelaburan emas, risiko pelaburan emas sangat-sangat minimum. Kalau rugi sekejap (jangka masa pendek) pastinya akan untung semula untuk tempoh jangka masa panjang.

harga emas hari ini 4 Harga Emas Hari Ini (Malaysia 2010). Semak!!

Kalau sebelum ini, kita hanya nampak potensi dan bertindak untuk pelaburan ASB (Amanah Saham BumiPutera) sahaja, mungkin selepas ini anda boleh menambah satu lagi cabang.

Yang pentingnya di sini, pelaburan emas sangat baik dilakukan untuk tempoh masa yang panjang kerana harga emas akan sentiasa naik untuk tempoh jangka sederhana atau panjang.
Buangkan tabiat lama seperti asyik membuang duit untuk program realiti atau pun sibuk bertaruh semasa Piala Dunia 2010 nanti mahupun menyertai skim cepat kaya


Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.