Selamat datang ke blog dinar dan dirham. Saya selaku blogger ingin mengajak anda semua supaya bertukar daripada sistem keewangan wang kertas kepada sistem keewangan Emas. Buktinya, sila ikuti etikal-etikal saya dibawah.

Sunday, 22 May 2011

DINAR EMAS SEBAGAI EMAS KAHWIN (PELABURAN)

Salam untuk semua, saya nak share tentang Dinar Emas sebagai Mas Kahwin... Ni bukan kursus/ceramah kahwin eh... Just sharing... Hehe... Ok, apa itu Mas Kahwin??? Saya rasa ramai yang tahu tentang mas kahwin ni...




Mas Kahwin adalah bayaran oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya, serta tidak sewenang2nya memasuki alam perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami.

Melalui pemerhatian & pembacaan saya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua2 mereka.Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”. Hmm...cuba la kira sendiri, kalau sekarang ni, 13 keping dinar emas, sekeping harga RM650, dah cecah harga RM8,450 tuk sume dinar emas tu...Fuhh....




Sekarang ni pun kita dah sedia maklum, tiap2 tahun, nilai mahar (mas kahwin) sentiasa meningkat..selari dengan susutnya niai wang kertas. Kalau zaman orang tua kita dulu, duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman kita sekarang ni, letak duit hantaran RM1000, orang dah tak pandang dah. Apa yang menjadi kebiasaan sekarang ni, nilai duit hantaran depend dengan education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.


Kalau kita simpan duit kertas untuk kahwin, mungkin masa kita dah mula bekerja, baru boleh mula menyimpan. Nilai duit hantaran pada masa sekarang ni, RM6000 (tahun 2010). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lagi (tahun 2015).



Contoh 1:

Mungkin pada masa 5 tahun akan datang.

Nilai masa kahwin dah naik ke rm10,000 atau lebih...

Jadi mcm tidak berbaloi simpanan kita tu.

Kita terpaksa menyimpan additional RM4,000 jika pada masa tu, keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai duit hantaran. Bcoz kita cuma simpan RM6000..







Contoh 2. 

Seperti mana yang kita sedia maklum,

kenaikan harga emas dalam anggaran  25% setahun. 

Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%).

Banyak kan kenaikan harga emas??? Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan anggaran harga belian sekeping RM650...

Tahun 2011      RM650 x 12 dinar emas = RM7,800
Tahun 2012      RM7,800 x 25% = RM1,950 + RM7,800 = RM9,750
Tahun 2013      RM9,750 x 25% = RM2,437.50 + RM9,750 =RM12,187.50
Tahun 2014      RM12,187.50 x 25% = RM3,046.88 + RM12,187.50 = RM15,234.38
Tahun 2015      RM15,234.38 x 25% = RM3,808.60 + RM15,234.38= RM19,042.98



Cuba bayangkan,


dengan simpanan dinar pada tahun 2011 sebanyak 12 keping dengan harga RM7,800. Nilai dinar kita pada masa 2015 akan datang bernilai RM19,042.98

Dah,tak payah kira2 dah...banyak dah naik....Semua mesti dah dpt my point kan??? =)







Dengan cara ini bukan sahaja simpanan kahwin kita terjamin, tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikel ini, anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kahwen/simpanan utk duit hantaran mereka nanti..

Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagai saving untuk masa hadapan =) Banyak lagi kelebihan dinar emas. Nilai emas tidak susut macam nilai mata wang, malah semakin naik..

Renung-renungkan.... Ini hanya pendapat saya sahaja.. =)


0 comments:

Post a Comment