Selamat datang ke blog dinar dan dirham. Saya selaku blogger ingin mengajak anda semua supaya bertukar daripada sistem keewangan wang kertas kepada sistem keewangan Emas. Buktinya, sila ikuti etikal-etikal saya dibawah.

Thursday, 14 April 2011

Penentu Harga Emas Dunia

Harga emas makin meningkat dibandingkan dengan dolar Amerika.  Faktor pengerak harga emas mengarahkan kepada harga emas terus meningkat.  Perhatikan apa yang berlaku sekarang terhadap usaha AS.  Peperangan menentang keganasan oleh AS dengan koncu-koncunya membawa kepada peningkatan harga emas.  Tingginya harga emas akan meningkatkan defisit perbelanjaan yang melemahkan lagi dolar Amerika.  Kelemahan dolar Amerika akan meninggikan lagi harga emas.  Rendahnya kadar faedah yang berlaku sekarang ini tidak disenangi oleh banyak institusi kewangan.  Kadar faedah yang amat rendah pada aras terendah sejak 40 tahun telah meningkatkan lagi penjanaan bekalan wang kertas lantas meningkatkan harga emas.  Sebaliknya jika harga emas dikawal di aras yang rendah, pengeluaran emas pula tidak menguntungkan dan ini akan mengurangkan jumlah emas dalam pasaran.  Keadaan begini akan meninggikan harga emas.  Permintaan kepada emas terus meningkat dengan bilangan penduduk dunia yang bertambah.  Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan aktiviti ‘hedging’ dan ini akan menyebabkan kurang bekalan emas dan kesannya adalah kenaikan harga emas.  Kurangnya kepercayaan dunia dengan polisi yang diamalkan oleh AS akan menyebabkan masyarakat dunia mengalih pergantungan kepada dolar Amerika.  Emas menjadi sandaran yang paling kukuh.

Satu lagi fenomena penting yang berlaku sekarang ini ialah peningkatan permintaan emas oleh negara China.  China telah membuat keputusan untuk mengikat “reserve” asingnya dengan emas.  Tindakan China ini menambah permintaan emas dunia dan dengan perkembangan ekonomi yang memberansangkan permintaan kepada emas akan terus meningkat.  Shanghai Gold Exchange (SGE) telah mula membuka peluang untuk rakyat negara itu untuk melabur dalam emas fizikal dan ini meningkatkan lagi permintaan emas serta meningkatkan kecairan perdagangan berasaskan emas.  Tindakan oleh SGE telah secara langsung meningkatkan lagi permintaan emas dan harga emas.  Polisi domestik negeri China telah meningkatkan pendapatan lebih daripada 800 juta rakyatnya dan ini akan meningkatkan kuasa membeli rakyatnya seterusnya meningkatkan permintaan emas.

Graf harga emas dalam dolar per ouns adalah pada kadar meningkat sejak tahun 1990 hinggalah ke tahun 2003. Begitu juga dengan Equities (S&P 500 index) menunjukkan kadar minimum yang meningkat mengikut tahun yang sama.  Beberapa faktor yang menyokong kenaikan harga emas adalah pasaran ekuiti sekarang ini di bawah paras di mana harga emas berkadaran songsang dengan S&P 500.  Perbelanjaan defisit dan kadar pulangan yang rendah atau sifar membawa kepada susutnya nilai dolar Amerika.  Kita dapati juga banyak pelombong emas terus mengumumkan untuk mengurangkan program ‘hedging’ dan meningkatkan permintaan terhadap emas fizikal walaupun harga emas yang agak tinggi.

Pembaharuan dalam minat pelabur untuk melabur dalam dagangan emas turut meningkatkan lagi permintaan emas dengan pelaburan yang meningkat di China disebabkan kelongaran peraturan pemilikan dan perdagangan emas.  Kekurangan penemuan lombong emas yang baru di dunia dengan permintaan emas yang tetap tinggi akan terus meningkatkan lagi harga emas.  Semua peristiwa yang dinyatakan di atas memberi petanda bahawa harga emas dibandingkan dengan dolar Amerika akan terus meningkat.  Untuk mengurangkan impak ini, kita dengar baru-baru ini bank Eropah telah menjual jongkong emasnya dan tindakan ini menurunkan sedikit harga emas tetapi kembali tinggi setelah beberap minggu.  Apa yang kita boleh pelajari adalah sistem perbankan barat akan mencari jalan supaya kepercayaan kepada emas tidak diterima masyarakat.  Mereka merasakan simpanan emas tidak membawa banyak keuntungan kerana mereka selama ini menjalankan aktiviti menyorok (hoarding) emas dari diguna pakai oleh masyarakat umum.
Matawang dinar emas tidak bergantung kepada mana-mana koporat atau kerajaan “janji untuk membayar’.  Ianya digunakan sebagai sandaran kegagalan bank, kawalan pertukaran asing dan penilaian semula matawang kertas (currency devaluation).  Ianya sangat relevan kepada pasaran yang baru.  Negara yang baru mengembangkan ekonominya seperti Burma, Kemboja dan Laos mendapati dinar emas amat sesuai untuk melindungi pendapatan negaranya, Timor-Timor negara baru yang masih menggunakan dolar Amerika sedang mencari alternatif kepada wang kertas tak bernilai ini.  Dinar emas mampu menjadi matawang negara itu dan perdagangan boleh dilakukan dengan menggunakan dinar emas.  Umat Islam harus yakin untuk berubah kepada penggunaan dinar emas sebagai simpanan kekayaan sebenar atau komoditi lain.  Kekayaan sebenar ini mesti diusahakan supaya berada di tangan umat Islam, bukan bergantung kepada wang kertas dolar Amerika yang terus menerus susut nilainya disebabkan oleh faktor riba, inflasi, manipulasi dan spekulasi peniaga matawang dunia.

DdRG, UTM Skudai
Zuhaimy Hj Ismail


0 comments:

Post a Comment