Selamat datang ke blog dinar dan dirham. Saya selaku blogger ingin mengajak anda semua supaya bertukar daripada sistem keewangan wang kertas kepada sistem keewangan Emas. Buktinya, sila ikuti etikal-etikal saya dibawah.

Thursday, 14 April 2011

Public Gold (PG) VS Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)

Salam

Hari ini saya akan mengupas tentang Dealer Public Gold dan Dealer GCP.Bagi yang sudah biasa dengan kedua syarikat ini,mungkin sudah mengenali profil syarikat.Bagi yang masih baru dalam simpanan/pelaburan emas mungkin nama-nama syarikat ini masih terasa janggal kedengaran.Saya telah mengenali syarikat Public Gold sejak tahun 2008 lagi.Menjadi dealer Public Gold(PG) pada tahun lepas.Syarikat GCP pula telah wujud sejak 2009 dan mula meningkat naik sejak tahun 2010.Saya menyertai syarikat GCP ini pada awal Januari 2011.Niat asal hanya ingin membeli Rantai tangan 999,tetapi saya mengambil keputusan yang lebih jauh untuk mendaftar sebagai pengedar yang sah.

Bagi saya yang menyertai kedua-dua syarikat ini,masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu menawarkan pilihan kepada pelanggan.Jika saya ditanya produk/syarikat manakah yang lebih baik,saya memilih untuk menceritakan pro dan kontra kedua syarikat ini.Saya juga akan bertanyakan tujuan simpanan/pelaburan atau matlamat bisnes.Saya akan cuba memberi pandangan saya dan membiarkan pelanggan membuat pilihan.



Saya akan cuba memberi serba sedikit maklumat mengenai kedua syarikat ini

Sesuai dibaca oleh bakal dealer/pembeli..

: Penubuhan :

PG- sejak tahun 2008

GCP-sejak tahun 2009

Kos Menjadi Dealer :

PG- RM20k

Satu permulaan yang cukup baik.Ini kerana dengan RM20k tersebut anda dapat memiliki stok emas dan memudahkan urusan anda untuk mempromosikan emas.Bercerita dengan orang tentang emas berbanding bercerita sambil menunjukkan produk emas memberikan kesan yang berbeza kepada pembeli.Anda juga boleh memastikan stok anda sentiasa mencukupi dan sentiasa ‘restock’ apabila ada jualan berlaku

GCP-RM600

GCP menawarkan untuk menjadi dealer dengan serendah RM600 atau RM1k (mendapat peralatan pengedar emas).Pendaftaran sebagai dealer GCP dengan kedua nilai di atas melayakkan anda menerima perkhidmatan kos penghantaran percuma seumur hidup.Untuk memiliki stok,anda perlu mempunyai modal lain.Sekiranya modal anda tak besar,anda boleh memilih untuk menjadikan beberapa produk sebagai ‘sample’.Contohnya,sekeping gold bar,sekeping dinar dan seutas Rantai Tangan emas 999.Jika ada modal yang lebih besar,gunakan sebaiknya untuk menambah stok.Stok ini juga merupakan aset anda.


Produk :

PG – gold bar 20g,50g 100g dan 250g emas 999.9
Dinar (1,5 dan 10 dinar) emas 916
Silver bar 250g,500g dan 1kg 999.9
Barang kemas emas 916

GCP- gold bar gcp 10g,20g,50g dan 100g
Dinar emas 999
RT (rantai tgn ) 10g-50g emas 999
RL (rantai leher) 30g+ – 100g
Pamp Suisse (harga dipaparkan utk dealer sahaja)..maybe sbb stok kurang


Ganjaran Syarikat:

PG – 3 lapis : Dealer(D),Priority Dealer(PD) dan Master Dealer(MD).PD mendapat 0.5% dari Dealer (D) yang ditaja,manakala MD mendapat 0.5% dari Priority Dealer ( PD) dan 1% dri Dealer (D)

GCP- 1 lapis :introducer dapat rm100 ‘dealer get dealer’ komisen dan rm1/gram bagi setiap jualan dealer di bawahnya


Harga produk :

PG- harga yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer 1%-2% dari hrga tersebut.Gold bar ada caj pengangkutan (untuk kawasan luar Penang).RM10 untuk gold bar 20g,RM20 – gold bar 50g dan rm30 -gold bar 100g.Tiada caj pengangkutan untuk dinar.Ringkasan:dealer perlu bayar full ikut harga web, pengurangan 1-2% akan diberi dalam bentuk komisyen sebulan sekali.


GCP- harga yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer akan dpt di login oleh dealer berdftr.Harga dealer kurang 5%-8% dari harga pelanggan.Ringkasan :dealer tidak perlu bayar full ikut harga web. Sebaliknya bayar jumlah yang telah ditolak 5-10% dari harga web (hanya dealer boleh login untuk melihat harga dealer)


Perkhidmatan:

PG- Produk boleh ditempah 24 jam 7 hari seminggu.Harus lock harga dan harga produk berubah 20 minit sekali berkadaran dengan harga spot gold.

Bagi pelanggan yang ingin membeli produk Public Gold,anda boleh menghubungi dealer untuk memudahkan urusan anda.Jika anda mengambil keputusan untuk terus pergi ke cawangan mengambil emas,anda harus menunggu juga dan jika anda tidak mempunyai ‘introducer’,di borang tersebut ‘staff ‘ akan isikan pihak syarikat sebagai ‘introducer’.


Urusan menjadi dealer atau membeli boleh dilakukan melalui sms,web,dan email.


GCP- Produk boleh ditempah dari 10am-4pm,Isnin -Jumaat.Harga diupdate sekali sehari.
Anda harus membeli produk melalui dealer.Jika anda tidak mempunyai ‘introducer’ pihak syarikat akan meminta anda mencari ‘introducer’ yang terdekat dengan kawasan anda atau yang anda kenali secara online.Isikan nama dan kod agen mereka semasa mengisi borang pendaftaran di web GCP.

Urusan menjadi dealer harus melalui web dan pembelian boleh melalui tempahan telefon dan online di web.


Serahan produk :

PG- perlu ambil sendiri di cawangan-cawangan yang ada mengikut tarikh yang ditetapkan.Namun bagi pelanggan yang membeli dengan dealer,urusan anda menjadi mudah kerana tidak perlu berurusan dengan cawangan.


GCP- membuat penghantaran produk yang ditempah by kurier,terus sampai ke rumah dealer .Kehilangan produk ditanggung oleh syarikat.Haruslah membuat laporan polis.
Menyediakan modal untuk belian balik dari pelanggan.GCP juga menawarkan perkhidmatan menghantar produk terus kepada pelanggan,namun kehilangan tidak dijamin.Dealer harus menandatangani surat akuan akan bertanggungjawab dengan kehilangan barang kepada pelanggan.


Komisen:

PG- 1%- 2% (ikut level dealer) dari harga web.Dibayar sebulan sekali,biasanya 20hb setiap bulan.Dealer tak dapat memberi ‘less’ yang banyak kepada pelanggan kerana mereka tak untung banyak.

GCP- Mendapat kelebihan membeli dengan harga dealer iaitu 5%-8% dari harga yang dipaparkan di web.Ini menyebabkan dealer boleh memberi ‘less’ kepada pelanggan dan ada juga yang mengikut harga web.Ini tidak boleh dipertikaikan kerana dealer mengeluarkan modal untuk menjadi dealer dan jika anda ingin membeli produk dengan harga lebih murah,anda boleh hubungi saya untuk menjadi dealer.

Spread produk :

Spread adalah beza harga jual(we sell) dan harga beli (we buy)

PG – 5%-6%.Beli balik dengan harga yang lebih tinggi.Sesuai utk tujuan pelaburan dan simpanan pun sesuai.

GCP -Spread lebih besar.Kalau nak untung,perlu simpan lebih lama.Sesuai sebagai simpanan jangka masa panjang.
Inisiatif dealer,ada yang kecikkan spread dengan cara memberi diskaun kepada pelanggan(bergantung kpd dealer)

Prosedur membeli produk :

PG-jika melalui dealer,amat mudah.Jika ambil sendiri di cawangan,anda harus mengikut step : order (melalui dealer pun boleh)> terima sales order > bank in bayaran > fax >maklumkan ke HQ Penang dan maklumkan ingin ambil produk di mana> tel ke cawangan untuk mengetahui bila boleh ambil stok >sehari sebelum ambil stok,hubungi cawangan dahulu untuk mereka membuat persediaan dan memaklumkan anda jika stok habis pada hari tersebut.Sejak 21 hb Feb 2011,masa untuk mengambil stok ialah 3 hari untuk dinar dan 5 hari untuk gold bar dari tarikh order.

GCP- perlu membeli melalui dealer.Jika dealer tidak mempunyai stok,dealer harus membuat tempahan.Jika mengambil terus di cawangan,boleh dapat segera,manakala melalui kurier mengambil masa 5-7 hari.

Kesimpulannya,sebagai pembeli anda boleh membuat pilihan yang terbaik setelah mempertimbangkan perkara yang telah dibincangkan di atas dan sesuaikan dengan matlamat simpanan/pelaburan anda.Jika anda ingin menjadi peniaga pun,kedua syarikat ini menawarkan peluang yang baik untuk anda menambahkan pendapatan sampingan.Namun,ilmu tentang emas haruslah mantap supaya anda mampu memberikan penerangan yang jelas kepada pembeli.

Posted by cikgusimple
http://jutawangold.com

1 comments:

Anonymous said...

Great info. Thanks

Post a Comment